Ideologi Economic Freedom Fighters

Parti ini didirikan sebagai saingan kepada Kongres Kebangsaan Afrika dan Perikatan Demokratik yang dilihat sebagai pro-kapitalis serta dituduh mengeksploitasi rakyat kulit hitam Arika Selatan sebagai sumber buruh yang murahan. Ia didorong ideologi bawaan Frantz Fanon serta pergerakan Marxisme-Leninisme dalam melihat permasalahan antara budaya dan kelas sosial serta perjuangan mereka menentang sebarang bentuk imperialisme.[17] Ia turut mendapat inspirasi daripada pemikiran Thomas Sankara, seorang revolusioner Burkina Faso[18][19] yang dianggap sebagai "Che Guevara Afrika".[20][21][22][23]

Ia memperjuangkan pembasmian korupsi dan tol jalan raya, penyediaan kemudahan yang bermutu kepada rakyat termasuk penjagaan kesihatan dan pendidikan sejagat, kenaikan upah minimum serta pengambilan semula tanpa pampasan tanah yang dianggap telah dicuri petani kulit putih (yakni daripada keturunan Afrikaner dan British) semasa zaman apartheid.[24]

Rujukan

WikiPedia: Economic Freedom Fighters http://stream.aljazeera.com/story/201310142026-002... http://stream.aljazeera.com/story/201408222154-002... http://sarahgoyens.blogspot.com/2009/01/africas-ch... http://www.news24.com/SouthAfrica/Politics/Hundred... http://www.effonline.org http://www.effonline.org/ http://www.dailymaverick.co.za/article/2013-10-14-... http://www.dailymaverick.co.za/opinionista/2014-05... http://www.timeslive.co.za/politics/2013/07/28/eff... http://www.elections.org.za/content/LGEPublicRepor...